BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 10, 2012

lailatul qadr :)





assalamualaikum.. xpe la.. two times salam pon, bab kata matul, first salam wajib jawab and the rest hanya sunat.. ika nak kasi pahala sunat la ni.. heheh ye lah tu..

okay, back to the topic, the most magnificent night.. yeah,, even mesti dah ramai post pasal lailatul qadr, tetap nak kongsi jugak.. diharapnye dapat lah bertemu dengan lailatul qadr.. malam yang lebih baik daripada 1000 bulan kan? waahhh.. berapa tahun agaknye nak dapat ibadat selama tu kan? beruntung nye siapa yang dapat bertemu dengan lailatul qadr.. so, pada sepuluh pengakhiran ni, jom tambah amalan sunat!! tapi, yang wajib jangan ditinggalkan pulak ye.. :) oh, kalau nak buat ibadat tu, tak semestinye kita boleh sembahyang je, jika tidak mampu cukup sekadar berzikir, yakni mengingati Allah.. tapi as a student, it's not a crime pon kalau awak nak belajar.. oh silakan la sayangG.. sambil belajar, sambil ingat Allah,, wah.. wonderful nye.. mesti lagi berkat.. dikatakan, lailatul qadr berlaku malam ganjil. tapi AWAS! jangan hanya beribadat pada malam ganjil sahaja.. alangkah baiknya kalau kita teruskan jugak dan bawak bekalan tu sehingga lepas ramadhan.. it's mean, teruskan beramal soleh dan menjadi baik.. kan bulan ramadhan masa untuk ubah yang buruk dan menambahkan ibadah. tapi jangan sesudah ramadhan, ditinggalkan pulak..

http://hazrilhafiz.blogspot.com
Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari :

Ahad atau Rabu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29.
Jumaat atau Selasa Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-27.
Khamis = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-25 Ramadan.
Sabtu = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-23.
Isnin = Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-21.

Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini.

Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.


>moga bermanfaat<
>

0 comments: